Monday, February 06, 2017

#5 Mak



Aku tahu aku banyak salah dengan mak.
Apa yang aku buat semuanya mak tak restu.
Dari kanak-kanak sampai sekarang pon begitu.
Aku selalu jaga hati mak, aku cakap dgn diri aku, aku tak boleh melawan mak. Tak baik. Allah tak suka.
Tapi sampai bila aku perlu pendam perasaan aku. Apa yang aku nak dalam hidup, kerja, kehidupan aku. Takkan itu semua di tangan mak.
Sampaikan aku rasa hidup aku takde makna.
Terkongkong. Tak bahagia.
Cukup aku lihat kawan-kawan aku bahagia disamping mak mereka. Kadangkala terbit rasa cemburu, kenapa hidup aku bukan begitu.
Sampai satu tahap, aku lalui kehidupan aku dengan sendiri tanpa bantuan abah, mak. Aku dah biasa hidup berdikari sampai rasa tak perlu ada abah tak perlu ada mak. Tapi bukankah itu satu kesalahan. Aku nak tanya adakah itu salah aku.
Sekarang pasal kahwin. Jodoh aku. Itupun di tangan mak. Mane yang aku kenal kena reject ngan mak. Abah? Abah tak terlalu tegas utk memberi jawapan. Yang sakitnya aku. Aku tak tahu nak hadap macam mane lepas ni. Aku tak tahu apa akan jadi masa depan. Adakah aku berkahwin ataupun tidak. Ya Allah aku ingin sangat berkahwin, aku tahu tanggungjawab besar kena pikul selepas dah berkahwin. Aku sudah bersedia hal itu. Aku juga ingin rasa kesakitan melahirkan anak, menjadi seorang isteri, menjadi seorang ibu. Aku juga ingin rasa kebahagiaan dan rasa jatuh bangun dalam perkahwinan.
Fikiran aku serabut. Aku harap Allah S.W.T dengar rintihan aku. Aku tak nak jadi anak derhaka tapi dalam masa yang sama aku juga mahukan kebahagiaan. Sebab aku tahu hanya Allah S.W.T yang beri kebahagiaan itu. Bukan mak.
Mungkin aku dilahirkan bukan untuk merasai kebahagiaan selama lamanya. 
Aku dah puas menangis. 

No comments: